About Me

My photo
eda seorg yg hpy go lucky.. ske dgr masalah org n org pon ske dgr masalah ak.. hahaha... pe2 pon ak mmg ske menghiburkan org len.. " buat baeik berpada-pada, buat jahat jgn skali" prinsip ak yg terbaru, hihi..

Tuesday, July 1, 2014

My 2nD PregnanCy MoMent :)

assalamualaikum.... ok lme tol xupdate... sejak alahan nie ak mmg xleh tgk komputer lelame.. hhihi... alhamdulillah skang usia kandunganku da 23w. pejam celik kjap je masa berlalu kan.. arini ak nk g scan Klinik Pakar Perbidanan & Sakit Puan...W.Y.KO...kat Jalan Beserah...ala tempat scan 4D.. mudah-mudahan bby tunjuk la jantina die... ak sbnrnye bkn nk tau sgt tpnye sbb keinginan nk tau tu ad.. hehe.... selok la skit org kabo kan.. lantak la... lagi satu ak nk tau kedudukan bby n air ketuban ok ke x.. tu je..  so tuk kptusan esk ak ak update smle ye.. doakan smuanya selamat n ok ye.. in sha allah... bby kt dlm pn sihat ye... amin... 

Wednesday, February 5, 2014

Masalah HB rendah bagi ibu hamil, ada cara atasinya...

Masalah HB (hemoglobin/sel darah merah) rendah selalu dialami ibu hamil. Ramai yang ambil mudah masalah ini dan mengabaikan pengambilan nutrisi yang sepatutnya. Ibu-ibu hamil yang rendah HBnya boleh mengalami anemia dan seterusnya berisiko melahirkan anak pra-matang dan juga boleh menyebabkan pertumbuhan janin terencat di dalam kandungan. Walaubagaimanapun ada cara atasi masalah HB rendah bagi ibu hamil.

Punca-punca HB rendah

  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir
Bahaya HB rendah pada ibu hamil

Selain anemia, risiko HB rendah pada ibu hamil adalah :
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Bahaya HB rendah pada bayi dalam kandungan


  • Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir (Asphyxia)
  • Mati ketika dilahirkan (stillbirth)
Cara meningkatkan HB untuk ibu-ibu hamil

  • Ambil makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
- Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
- Daging ayam: bahagian dada
- Kerang: 20 biji
- Ikan bilis

  • Jadikan Vita-lea sebagai suplemen untuk ibu hamil
Vita-Lea® Iron Formula : 2 BIJI VITALEA = 40 JENIS LAUK 



Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.

Dikatakan 2 biji Vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji Vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk.

Ada sesetengah doktor mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat. Namun pada saya jujurnya, keperluan vitamin B-Complex dan vitamin C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan Vitalea.

Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan Vitalea. Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vitamin dan 7 galianutama banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu ini kekurangan zat besi/iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hendak bergantung dengan sumber asli semata-mata.

Apakah kekangan yang dimaksudkan? Harga kerang mahupun tiram lebih adalah mahal di sesetengah tempat, sumbernya juga terhad. Kelebihan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan perairan.

Bukan semua orang makan makanan laut. Ianya menjadi terhad kepada mereka yang alergik kepada makanan laut. Kekangan ini membuatkan kita disaranankan menambah supplemen dalam diet harian agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan.

Testimoni Vita-Lea